fbpx

Kes pulih atasi kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 hari ini mengatasi kes baharu selepas merekodkan 685 kes berbanding 649 kes positif.

Angka itu menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 19,757 atau 65.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif mencecah 30,090 termasuk kes-kes daripada lima kluster baharu yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 642 adalah kes baharu membabitkan penularan tempatan manakala lima kes import dari Indonesia, India dan Filipina.

“Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 352 termasuk dari kluster baharu iaitu Kluster Sakti dan Kluster Tuguson.

“Dua kluster dikesan di Selangor iaitu Kluster Taman Laut dan Kluster Bah Medan selain Kluster Taman Bunga di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal 246. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI