fbpx

Benteng The Reds semakin goyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FABINHO (kiri) bercakap dengan Klopp sebaik sahaja dikeluarkan akibat kecederaan pada aksi Liverpool menentang Midtjylland di Anfield awal pagi semalam.

LIVERPOOL – Kemenangan 2-0 Liverpool ke atas FC Midtjylland pada aksi Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi semalam terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila kehilangan khidmat pemain versatil, Fabinho.

Situasi itu menyebabkan benteng pertahanan The Reds kini goyah selepas Fabinho, 27, terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-30 kerana kecederaan hamstring dan digantikan pemain muda, Rhys Williams.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mula pening kepala memikirkan nasib skuad kendaliannya memandangkan beliau telah kehilangan pemain pertahanan tengah utama, Virgil van Dijk untuk satu tempoh panjang kerana masalah anterior cruciate ligament (ACL).

“Kami perlu menanti keputusan ujian imbasan untuk menge­tahui tahap kecederaannya. Jarang-jarang anda diberitahu oleh doktor bahawa pemain dengan kecederaan sebegini tidak serius.

“Masalahnya sekarang ialah tempoh masa dia perlu menjalani proses pemulihan. Kalau seminggu tiga perlawanan, 10 hari pula bermakna empat perlawanan dan 14 hari pula akan menyaksikan kami hilang khidmatnya untuk tujuh aksi,” kata Klopp.

Walaupun tanpa Fabinho, Liverpool masih mampu mencatat kemenangan ke atas Midtjylland hasil gol daripada Diogo Jota dan Mohamed Salah pada minit ke-55 serta ke-93.

Bagaimanapun, Liverpool perlu mencari jalan mengisi kekosongan Fabinho kerana mereka bakal berdepan lima lawan sukar selepas ini bermula dengan West Ham United, Atalanta, Manchester City dan Leicester City sebelum sekali lagi bertemu Atalanta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI