fbpx

Agong ucap tahniah kepada Cikgu Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMUEL ISAIAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengucapkan tahniah kepada guru Bahasa Inggeris, Samuel Isaiah kerana dipilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa suka cita dan bangga baginda atas dedikasi serta usaha murni guru muda itu dalam mendidik murid-murid sehingga  terpilih sebagai calon untuk menerima anugerah tersebut.

“Kejayaan guru muda dari Kuantan itu sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat dan komitmen beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya para guru untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang, Samuel Isaiah terpilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020.

Menurut kenyataan penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel yang lebih mesra dipanggil Cikgu Sam dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 negara.

Anugerah yang menawarkan hadiah US$1 juta (RM4.16 juta) adalah program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI