fbpx

Pelumba Cub Prix positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muzakir merupakan pelumba yang beraksi dalam saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 dalam kelas CP150.

KUALA LUMPUR – Pelumba muda negara, Muzakkir Mohamed yang beraksi bersama pasukan Onexox TKKR SAG Team disahkan positif wabak Covid-19.

Muzakir yang beraksi dalam saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 mengakui dijangkiti wabak itu menerusi ciapan di laman sosial Instagram miliknya petang tadi.

“Salam semua, dukacita saya nak beritahu yang saya telah positif Covid-19 dan akan ke Hospital Sungai Buloh hari ini.

“Pada kenalan yang ada berjumpa saya bermula hari Khamis minggu lepas, tolong pergi buat ujian demi kebaikan anda sekeluarga.

“Saya ingin memohon maaf jika ada salah silap dan terkasar bahasa selama ini. Semoga kembali seperti sedia kala hendaknya, amin.

“Minggu lepas saya buat ujian selepas rakan serumah positif Covid-19. Saya rasa pening dan lesu setakat ini tetapi deria rasa masih ada,” kata Muzakkir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan TKKR, Muzakkir dijangkiti Covid-19 melalui rakan serumahnya yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kali terakhir pasukan berjumpa dengan Muzzakir ialah pada 18 September lalu ketika perlumbaan Cub Prix pusingan keempat di Terengganu. Tiada kontak dengan pasukan di Seremban selepas tarikh tersebut.

“Saya harap pelumba dan kru sentiasa menjaga diri dan kebersihan serta mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada Kosmo!.

Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix dijadualkan berlangsung di Litar Sepang pada hujung minggu ini juga terpaksa ditunda selepas lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 November ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI