fbpx

AS jual misil RM9.9 bilion kepada Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 13 Ogos 2015 menunjukkan peluru berpandu Harpoon dilancarkan dari sebuah kapal pemusnah AS dekat perairan Guam di rantau Pasifik. – AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan 100 sistem pertahanan pantai Harpoon bernilai AS$2.4 bilion (RM9.9 bilion) kepada Taiwan kelmarin, langkah yang pasti mencetuskan kemarahan Beijing susulan perjanjian penjualan peluru berpandu bernilai AS$1 bilion (RM4.1 bi­lion) minggu lalu dengan Taipei.

“Cadangan penjualan sistem Harpoon akan membantu­ me­ningkatkan keselamatan pene­rima (Taiwan) dan mengekalkan kestabilan politik, keseimba­ngan ketenteraan dan kemajuan di rantau tersebut,” kata Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan.

Perjanjian itu melibatkan 100 Sistem Pertahanan Pantai Harpoon (HCDS) termasuk 400 peluru berpandu permukaan ke udara RGM-84L-4 Harpoon Block II dengan jarak maksimum 125 kilometer.

Peluru berpandu buatan syarikat Boeing itu boleh ­diletakkan di atas platform tetap atau dipasang pada trak.

Taiwan yang mengamalkan sistem demokrasi dan pemerintahan sendiri sen­tiasa berada di bawah ancaman pencerobohan oleh China. Beijing ­menganggap pulau itu sebahagian daripada wilayahnya.

China berjanji akan merebut kembali pulau itu dan menggunakan kekerasan jika perlu.

Beijing meningkatkan tekanan diplomatik dan ketenteraan ke atas Taipei sejak Tsai Ing-wen dipilih sebagai Pre­siden Taiwan pada 2016. Beliau menganggap pulau itu sebagai negara berdaulat dan bukan sebahagian daripada ‘Satu China’.

Jet perang dan pesawat pengebom China semakin ­ke­rap memasuki zon pertahanan udara Taiwan sejak beberapa bulan lalu.

Pada Rabu lalu, AS bersetuju menjual 135 peluru berpandu AGM-84H SLAM-ER bernilai AS$1 bilion. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI