fbpx

6 ditahan tipu jual beli sarung tangan getah bernilai RM1.28 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas dalam serbuan di sebuah syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Enam individu termasuk empat wanita ditahan terlibat dalam kes penipuan jual beli sarung tangan getah bernilai RM1.28 juta.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun ditahan pada pukul 10.30 malam di sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, bertindak atas maklumat dibuat seorang lelaki berusia 28 tahun pada 13 Oktober lalu mengatakan diperdaya suspek wanita dalam urusan pembelian 39,000 sarungan tangan getah.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang juga pengarah sebuah syarikat menempah sarungan tangan getah bernilai RM1.28 juta pada 8 September lalu dan membuat pembayaran dalam dua transaksi pada keesokan hari.

“Bagaimanapun suspek memberitahu akan memulangkan wang mangsa sebelum 13 Oktober susulan stok sarung tangan getah itu tidak diperoleh seperti mana dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, suspek kemudian memberikan resit transaksi serta cek palsu bagi menyakinkan mangsa.

“Mangsa yang rasa diperdaya selepas mendapati cek tersebut palsu membuat laporan polis sebelum kita menahan enam.

Turut dirampas dalam serbuan, 10 buah telefon bimbit, sebuah komputer, cop-cop syarikat dan tujuh fail syarikat mengadungi pelbagai dokumen.

“Hasil semakan mendapati seorang suspek wanita berusia 30-an memiliki rekod dikehendaki polis bersabit empat laporan kes menipu,” ujarnya.

Tambah Nik Ezanee, kesemua suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI