fbpx

Kilang 6 NGC Hartalega berjaya disiapkan setahun lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hartalega Holdings Bhd. (Hartalega) kini lebih bersedia untuk meme­nuhi permintaan terhadap sarung tangan getah yang semakin meningkat dengan mempercepatkan perkembangan syarikat sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kuan Mun Leong berkata, untuk tujuan tersebut, pada bulan ini, syarikat berjaya menyiapkan kilang 6 dalam Kompleks Pengilangan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC).

“Kami gembira kerana kecekapan operasi dan keupayaan pengurusan projek kami membolehkan kilang 6 beroperasi sepenuhnya setahun lebih cepat daripada jadual,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Mun Leong, untuk pelan masa depannya, kilang 7 sedang dalam pembinaan untuk menghasilkan produk terkhusus sekali gus bakal menambah kapasiti terpasang tahunan sebanyak 2.7 bilion unit.

“Kami juga akan memulakan pembinaan kilang 8 hingga 11 di atas tanah yang dibeli berse­belahan NGC, yang akan me­ningkatkan kapasiti terpasang dengan keupayaan pengeluaran tambahan 19 bilion unit setahun apabila siap kelak,” jelas­nya.

Selain itu, Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM550 juta bagi tempoh kewangan suku kedua berakhir 30 September 2020 dengan pertumbuhan sebanyak 428 peratus berbanding RM104 juta suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan sebelum cukai bagi suku tahun tersebut pula bertambah kepada RM683 juta, manakala hasil melonjak kepada RM1.35 bilion.

Bagi separuh pertama tahun kewangan, Kumpulan menca­tatkan keuntungan selepas cukai RM771 juta, lebih tinggi berbanding RM198 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Untung sebelum cukai pula meningkat kepada RM956 juta, manakala hasil bertambah kepada RM2.27 bilion.

Mun Leong menjelaskan, peningkatan menggalakkan itu dipacu oleh hasil jualan lebih tinggi yang diraih daripada jumlah jualan dan harga jualan purata lebih tinggi.

“Pencapaian ini disokong oleh usaha meningkatkan kecekapan pengeluaran,” ujarnya.

Mun Leong menjelaskan, pandemik Covid-19 terus memacu permintaan global bagi bekalan perubatan, termasuk sarung tangan, yang merupakan alatan perlindungan diri kritikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI