fbpx

ADUN Slim angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Mohd. Zaidi Aziz hari ini mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Mohd. Zaidi, 43, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan tersebut di hadapan Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Beliau yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim pada 29 Ogos lalu menewaskan dua calon Bebas lain iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air dan bekas guru, S. Santharasekaran, 44.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib dari Barisan Nasional (BN) akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Dalam sidang tersebut juga Mohamad Zahir mengucapkan tahniah kepada Mohd. Zaidi atas kemenangannya pada PRK tersebut selain menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd. Khusairi atas pemergian arwah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI