fbpx

SKMM beku pemberian lesen baharu kurier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membekukan (moratorium) pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier kepada selama dua tahun bermula 14 September lalu sehingga 15 September 2022.

Dalam satu kenyataan, SKMM berkata keputusan dibuat menerusi kuasa pelesenan di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012, namun ia boleh disemak semula berdasarkan keperluan semasa.

“Moratorium dilaksanakan untuk memberi laluan kepada kerajaan bersama industri pos dan kurier membuat perancangan baharu bagi memperkukuhkan sektor tersebut yang berdepan pelbagai cabaaran akibat perubahan teknologi dan trend pasaran.

“Langkah ini juga sejajar dengan gesaan rasmi yang dihantar oleh Persatuan Syarikat Penghantar Ekspres Malaysia (AMEC) sejak Ogos lalu.” katanya menerusi kenyataan tersebut hari ini.

Ujar badan itu, proses merangka pelan tindakan baharu akan dilaksanakan menerusi penganjuran Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) yang bakal berlangsung bermula 2 hingga 22 November ini.

“Laporan penuh mengandungi cadangan pelan tindakan bagi menyokong aspirasi pembangunan strategik industri pos dan kurier baharu akan dimuat naik dalam laman sesawang SKMM.

“Hasil NPCIL penting untuk industri yang menjadi teras kepada aktiviti e-dagang dan pembangunan ekonomi digital yang menghadapi pelbagai cabaran baharu oleh ledakan teknologi yang mengakibatkan percantuman sektor logistik, platform e-dagang, e-hailing dan sistem transaksi kewangan,” katanya.

Semasa tempoh moratorium berkuatkuasa, SKMM tidak akan menerima permohonan lesen baharu semua kategori untuk menjalankan perkhidmatan kurier.

Permohonan yang diterima sebelum tarikh kuatkuasa moratorium dan permohonan pembaharuan lesen sedia ada akan diproses untuk kelulusan.

Setakat Oktober 2020, terdapat 109 pemegang lesen perkhidmatan kurier pelbagai kategori di Malaysia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI