fbpx
Kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa terbabas di Kampung Pajak Song, Kepala Batas petang tadi.

Pemandu terbunuh, empat cedera Perodua Kancil terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Pemandu sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbunuh, manakala empat penumpang cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas di Jalan Permatang Tiga, Kampung Pajak Song, Kepala Batas di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Normi Azuan Bahari, 46.

Mangsa lain yang dilaporkan cedera adalah seorang wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Ketika sampai, bomba mendapati terdapat sebuah kereta yang terbabas ke dalam longkang.

“Terdapat lima mangsa termasuk pemandu yang tersepit, seorang wanita serta tiga kanak-kanak,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, jurucakap itu berkata, anggotanya yang mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) melakukan kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pada pukul 7.05 petang sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis, manakala empat yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kepala Batas bagi mendapatkan rawatan,” katanya lagi.

Beliau berkata, operasi yang djalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas itu tamat pada pukul 7.12 petang. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN