fbpx

Pakej Penyusunan Semula Pembiayaan BSN dibuka sehingga 31 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pakej Penyusunan Semula Pembiayaan yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) masih dibuka sehingga 31 Disember depan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Yunos Abd. Ghani berkata, pihak­nya akan terus menawarkan bantuan pembayaran bagi membantu pe­langgan yang menghadapi kesulitan kewangan dalam membayar ansuran bulanan.

“Kami sedia maklum bahawa masih ada pelanggan yang memerlukan bantuan pasca moratorium dan kami telah menyediakan pelbagai pilihan bantuan pembayaran untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Sehingga kini, kami telah memproses hampir 100 peratus daripada permohonan bersasar dan komited untuk melengkapkan proses kelulusan bagi mereka yang telah memohon selepas 1 Oktober lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Yunos menjelaskan, testimoni yang diterima daripada pelanggan bersasar menunjukkan tawaran pakej daripada BSN telah membantu mereka mengekalkan perniagaan pada waktu yang mencabar ini.

“Oleh itu, kami menyeru agar pelanggan yang memerlukan bantuan untuk segera memohon pakej ini,” jelasnya.

Permohonan yang diluluskan terdiri daripada pe­langgan individu serta pelanggan mikro yang memerlukan bantuan tambahan setelah berakhir tempoh moratorium enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI