fbpx

Rakyat Mesir mula keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki memakai pelitup muka membuang undi di sebuah pusat mengundi di Agouza, daerah Giza di Mesir semalam. – AFP

KAHERAH – Pusat-pusat me­ngundi dibuka semalam di Mesir bagi pilihan raya Parlimen de­ngan kemungkinan satu kemenangan besar untuk penyokong tegar Presiden Abdel Fattah al-Sissi.

Hampir 63 juta pengundi berdaftar daripada lebih 100 juta penduduk di Mesir. Pengundi layak memilih 568 daripada 596 wakil rakyat di Dewan Rendah yang dilihat sebagai pak turut dan patuh arahan eksekutif.

Baki wakil rakyat akan dilantik oleh bekas jeneral tentera yang kini menjadi Presiden Mesir, ­Abdel Fattah.

Pilihan raya Mesir akan diadakan secara dua peringkat iaitu merangkumi 14 wilayah semalam dan hari ini.

Fasa kedua akan diadakan pada 7 hingga 8 November ini dan melibatkan sebanyak 13 wilayah termasuk di Kaherah.

Banyak papan iklan dipasang di serata Kaherah dan kawasan lain menggesa rakyat Mesir keluar mengundi dengan beberapa calon pilihan raya berkongsi klip video lagu secara online untuk meraih sokongan.

Parlimen Mesir yang dibentuk pada 2015 dan dianggotai oleh penyokong-penyokong Abdel Fattah dengan satu blok pembangkang kecil.

Parlimen yang bakal dibentuk adalah yang kedua di bawah pemerintahan Abdel Fattah selepas beliau mengambil alih pemerintahan pada 2014 dengan menggunakan kuasa ketenteraan untuk mengusir keluar bekas presiden Mohamed Morsi.

Pilihan raya akhir dijadualkan pada November ini dan keputusan akhir akan diumumkan pada bulan Disember nanti.

Lebih 4,000 calon bertanding, sebahagian besarnya dipercayai prokerajaan akan merebut 284 kerusi daripada 568 kerusi individu yang dipertandingkan.

Lapan parti politik tersenarai juga bertanding untuk baki 284 kerusi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI