fbpx
AWAL dan Scha.

Berada di zon merah, Awal dan Scha jalani ujian saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bimbang kerana tinggal di kawasan zon merah, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya melakukan ujian saringan Covid-19, semalam.

Pasangan itu memilih melakukan ujian tersebut di Hospital Pakar KPJ Damansara secara pandu lalu sebagai usaha pencegahan kerana setiap hari sibuk bekerja dan keluar rumah untuk menjalani penggambaran seperti biasa.

“Saya kena buat ujian saringan Covid-19 hari ini bersama isteri sebab Media Prima Berhad berada berhampiran dengan kawasan zon merah. Kediaman kami pun termasuk di dalam zon merah.

“Bimbang sebab hari-hari keluar bekerja untuk ke set penggambaran kemudian balik rumah ada anak kecil dan isteri yang sedang mengandung,” katanya menerusi sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.

Berkongsi pengalaman, Awal berkata, dia langsung tidak berasa sakit ketika melakukan ujian, sebaliknya hanya berasa kurang selesa.

“Tidaklah teruk pun. Rasa tidak selesa sebab cucuk dalam hidung sahaja. Selebihnya okey. Sesiapa yang fobia takut sangat mahu pergi ke hospital, harapnya dengan video saya ini dapat beri gambaran bagaimana ujian itu dilakukan.

“Serius tidak sakit langsung. Mari lakukannya untuk kebaikan diri kita juga,” katanya.

Awal turut menyarankan sesiapa yang terpaksa keluar rumah untuk bekerja supaya mengambil langkah keselamatan dengan melakukan ujian itu. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN