fbpx

Jangan serkap jarang -Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengingatkan kepada semua pihak terutamanya pengguna laman media sosial agar tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti penggiat industri kreatif.

Pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihak Finas mengambil maklum akan isu semasa melibatkan aktiviti pengubahan wang haram, perjudian dalam talian dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan beberapa penggiat industri kreatif.

“Finas memandang serius akan isu tersebut demi memastikan nama baik industri kreatif terpelihara.

“Sehubungan itu, Finas memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, Finas juga sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

“Atas dasar keprihatinan, Finas sentiasa terbuka dan mengalu-alukan apa jua aduan serta pandangan daripada mana-mana organisasi dan individu bagi kebaikan industri kreatif negara.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat di talian 03-7968 2182 atau emel di [email protected],” jelasnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI