fbpx
HANI

Hani diserang, agensi ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI popular yang juga anggota kumpulan EXID, Hani menjadi mangsa gangguan berbentuk ugutan daripada beberapa pengguna akaun palsu media sosial.

Perkara berkenaan didedahkan agensinya Sublime Artist Agency (SAA) dalam satu kenyataan baru-baru ini. Mereka turut berkata, akan mengambil tindakan terhadap pengguna berkenaan.

“Kami menyedari ada banyak mesej dan komen melampau yang menyerang artis naungan kami Hani daripada pengguna media sosial menggunakan akaun palsu.

“Laporan polis sudah dibuat dan sedang membincangkan tindakan setimpal yang boleh diberikan kepada golongan ini. Malah, kami juga bersedia untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan,” ujar SAA.

Dalam usaha melindungi artis mereka, agensi itu juga telah memberi amaran kepada pengendali sebuah laman web antarabangsa yang merupakan tempat komen-komen jelek itu dimuat naik.

“Kami sudah meminta mereka memadam hantaran negatif berkenaan Hani selain melaporkan akaun palsu yang terlibat.

“Malah, akaun baharu yang diwujudkan semata-mata untuk menyerang Hani juga berada dalam radar untuk kami lakukan perkara serupa supaya perkara ini dapat dihentikan,” katanya lagi.

BERITA BERKAITAN