fbpx

Bayi lelaki dibalut tuala berdarah ditemui di dalam kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI lelaki masih hidup yang dijumpai dalam sebuah kotak di hadapan kedai makan berhampiran sebuah bank di Jalan Raja Bendahara di Kuala Kangsar di sini hari ini.

Oleh ASLIZA MUSA

KUALA KANGSAR – Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak di hadapan sebuah kedai makan berhampiran bank di Jalan Raja Bendahara di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, bayi cukup sifat itu ditemui dalam keadaan berbalut tuala berdarah oleh seorang peniaga pada pukul 9 pagi ketika mahu memulakan operasi perniagaan.

Katanya, peniaga itu yang terdengar bunyi tangisan dari sebuah kotak segera melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati terdapat bayi di dalamnya.

“Bayi itu diletak di dalam kotak dengan dialas tuala dan dipercayai baharu dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri yang ada pada bayi.

“Keadaan bayi itu dilaporkan tidak stabil dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada saksi yang melihat bagaimana kotak tersebut diletakkan di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut bagi mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI