fbpx

Fad Bocey, isteri sambut kelahiran anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fad berkongsi berita gembira tersebut menerusi sekeping foto dalam Instagramnya hari ini.

KUALA LUMPUR – Pelawak Fad Bocey menyambut kehadiran anak keempat selepas isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman selamat melahirkan bayi mereka pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Fad menerusi Instagramnya dengan memberitahu Syahirah selamat melahirkan bayi lelaki itu pada pukul 4.41 pagi.

Fad atau nama sebenarnya Mohamad Fadzlie memuat naik sekeping gambar isterinya yang sedang mendakap bayi lelaki mereka.

Dia juga turut berkongsi nama bayi yang dilahirkan di sebuah hospital swasta itu.

“Assalamualaikum, salam subuh semua. Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi. Tarikh hari ini 20 Oktober 2020, pukul 4.41 pagi isteri saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

“Selamat datang anak mommy dan daddy, Ibrahim Jibriel Mohamad Fadzlie. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami. Terima kasih banyak sayang, saya cintakan awak,” tulis Fad.

Fad dan Syahirah yang berkahwin pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu sepasang kembar lelaki Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN