fbpx

MASC dibubarkan, ahli kini bergerak solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN MASC

SELEPAS empat tahun bergerak sebagai sebuah kumpulan, MASC berkongsi satu berita sedih apabila mengumumkan pembubaran kumpulan mereka baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan MASC menerusi dua buah video bahasa Inggeris dan Korea yang dimuat naik dalam akaun rasmi YouTube mereka.

“Kepada peminat yang disayangi, seperti yang anda semua sedia maklum, kami memulakan debut sebagai sebuah kumpulan sejak empat tahun lalu iaitu pada tanggal 19 Ogos 2016.

“Sejak itu, kami sangat menghargai setiap detik selama empat tahun ini bersama kalian Mabling (nama kumpulan peminat MASC).

“Selama tempoh itu, perjalanan kami dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan kerana kalian sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” ujar MASC.

Meskipun berat hati, namun MASC berkata, sudah tiba masanya mereka membawa haluan sendiri dengan memberi fokus kepada karier solo setiap ahli.

“Kami sangat menghargai setiap memori yang dikongsi bersama kalian. Selepas ini kami akan membalasnya menerusi kerjaya solo sebagai pemuzik,” tambah kumpulan yang dianggotai empat ahli itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI