fbpx

Gadis tertekan lari masuk hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis berusia 24 tahun ditemui di dalam kawasan hutan di Teluk Bahang malam ini.

GEORGE TOWN – Seorang gadis berusia 24 tahun yang dipercayai mengalami tekanan perasaan melarikan diri ke dalam hutan berdekatan Spice Garden, Teluk Bahang dekat sini sebelum dia ditemui semula malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.10 malam.

“Menurut adiknya, gadis itu telah menghilangkan diri dengan memandu sebuah kereta jenis Proton Preve.

“Dia yang dikatakan mengalami masalah tekanan perasaan oleh adiknya itu dikhuatiri telah melarikan diri ke dalam hutan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, usaha pihaknya yang melakukan pencarian bersama pasukan polis berjaya menemui semula gadis tersebut di dalam kawasan hutan berkenaan kira-kira pukul 9.30 malam.

Difahamkan mangsa pernah dilaporkan lari ke dalam hutan di lokasi sama pada Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI