fbpx

Barangan kitar semula musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadakan kebakaran barangan kitar semula yang disimpan di sebuah tapak di Jalan Datuk Selat, Kampung Jawa di sini hari ini.

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Sebuah kawasan yang menjadi tempat longgokan barangan kitar semula musnah dalam kebakaran di Jalan Datuk Selat, Kampung Jawa di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 35 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.38 pagi.

Katanya, ketika kejadian didapati tiada pekerja di lokasi tersebut.

“Kebakaran melibatkan kawasan seluas 10,000 kaki persegi yang menempatkan barangan kitar semula.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan api berjaya dikawal kira-kira pukul 7 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI