fbpx

Wanita UMNO sokong keputusan parti tolak DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini.

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO berdiri teguh dengan keputusan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bahawa mereka tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan DAP dan terus memperkukuh Muafakat Nasional.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, mereka juga yakin dan percaya dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam membawa hala tuju parti demi kepentingan rakyat sesuai dengan status parti keramat di negara ini.

“Justeru, Wanita UMNO berharap semua ahli parti khususnya Wanita UMNO supaya tenang dan tidak membuat sebarang andaian yang boleh menjejaskan keharmonian di dalam parti.

“Jadi, marilah kita terus mengukuhkan benteng parti bagi memastikan tiada lubang yang boleh ditembusi pihak lawan yang mahu melihat parti keramat ini tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI