fbpx
Seorang pelajar di Indonesia membunuh diri dipercayai akibat tertekan dengan sesi pembelajaran secara online. - Istimewa

Pelajar bunuh diri tertekan pembelajaran online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA- Seorang pelajar nekad membunuh diri kerana tertekan dengan sistem pembelajaran secara online yang dilaksanakan sekolahnya di Dusun Bontote’ne, Desa Bilalang, Kecamatan Manuju, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai IM(16) meminum racun dan merakam perbuatannya itu dalam sebuah video berdurasi 32 saat,lapor portal Tribun Timur.

Menurut Ketua Bahagian Jenayah Polis Gowa, Asisten Komisioner Jufri Natsir, mangsa sering mengadu masalah internet yang sukar didapati di kampungnya.

“Mangsa sudah meninggal dunia ketika ditemui adiknya di bawah katil dalam keadaan mulut berbuih.

“Sebotol racun serangga dan sisa-sisa racun turut ditemui dalam bilik mangsa membunuh diri,” kata Jufri.

Mengikut keterangan rakan-rakan mangsa, IM sering mengeluh kerana banyaj tugasan sekolah perlu dibuat secara online dan memerlukan pautan internet yang laju.

Sementara itu Ketua Polis Manuju, Inspektor Jamaludin berkata mangsa dilaporkan sering bermimpi meninggal dunia dan melihat jenazahnya dimandikan.

“Mangsa juga kerap kali mengatakan bahawa dia akan meninggal dunia pada hari minggu,” kata Jamaludin lagi. – Agensi