fbpx

Jurujual maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG jurujual maut digilis sebuah treler dalam kemalangan di Jambatan Demit, Kota Bharu semalam.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU- Seorang jurujual maut digilis selepas motosikal yang ditunggangnya tidak lepas ketika memotong sebuah treler di Jambatan Demit, Jalan Raja Perempuan Zainab di sini petang senalam.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan ,Superitendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, mangsa Musa Sahak, 53, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh anggota badan pada pukul 5.17 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM sedang dalam perjalanan dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Melor melalui Jalan Raja Perempuan Zainab.

“Sebelum tiba di Jambatan Demit, mangsa dipercayai cuba memotong bahagian kanan sebuah treler yang berada di laluan sama.

“Insiden itu menyebabkan motosikal mangsa bergesel dengan bahagian tayar kanan treler itu sebelum terjatuh dan digilis kenderaan berat itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Azmi, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu treler berusia 30 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI