fbpx

Depay akui tidak kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEPAY kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona tetapi ia tidak menjadi kenyataan pada jendela perpindahan lalu. – AFP

LONDON – Penyerang sensasi Belanda, Memphis Depay akan memberikan terbaik buat Lyon selepas impiannya untuk ke Barcelona dilihat sudah tertutup.

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan sudah bersetuju dengan terma yang diperlukan untuk membawa pemain Olympique Lyon tersebut ke Camp Nou selepas mengemukakan tawaran bernilai €30 juta (RM147.62 juta).

Bagaimanapun, terdapat laporan mengatakan bahawa Barcelona cuba mendapatkan penyerang berusia 26 tahun itu dengan harga yang lebih murah di bawah nilai €20 juta (RM98.41 juta).

“Saya bangga bermain untuk Lyon dan bangga menjadi kapten pasukan ini. Saya fikir terdapat banyak salah faham dan kelab ini masih berminat dengan khidmat saya. Kini saya harus be­kerja keras dan melakukan terbaik bersama pasukan.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Ini musim keempat saya dengan Lyon dan saya ingin melakukan terbaik.

“Matlamat saya ketika ini ingin membantu pasukan ke Liga Juara-Juara,” jelas­nya.

Sementara itu, Memphis gembira bahawa rakan sepasukannya, Houssem Aouar kekal bersama mereka.

“Lyon mempunyai ramai pemain berbakat dan saya gembira bahawa Houssem kekal berada dalam pasukan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI