fbpx

Seorang pekerja Proton positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Proton disahkan positif jangkitan wabak Covid-19 pada Rabu lalu.

Proton dalam satu kenyataan berkata, pekerja tersebut bertugas di bahagian Penyelidikan & Pembangunan di Shah Alam.

Katanya, dia telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif itu diketahui.

“Pihak syarikat yang mengikuti semua garis panduan pencegahan daripada pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kemungkinan penularan wabak ini.

“Aktiviti pengesanan kontak telah dimulakan dan semua rakan sekerja telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah masing-masing,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pembersihan secara mendalam dan pembasmian kuman telah dijalankan di tempat kerja Proton.

Katanya, oleh kerana pekerja terlibat tidak bertemu pelanggan, pihak syarikat yakin bahawa risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah.

“Sejak permulaan pandemik ini, Proton telah mengikuti semua garis panduan yang dibentang oleh pihak berkuasa dan kami ingin mengesyorkan semua pelanggan bahawa akan terus berbuat demikian.

“Situasi ini akan dipantau secara terperinci sebelum keputusan untuk langkah-langkah seterusnya diambil,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI