fbpx

JPJ Johor keluarkan 108 saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota JPJ negeri ketika menjalankan operasi di Jalan Danga Sutera, di sini malam semalam.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengeluarkan 108 notis atas pelbagai kesalahan terhadap kenderaan yang diperiksa semasa menjalankan operasi khas teknikal di Jalan Danga Sutera, di sini malam tadi.

Menurut satu kenyataan di laman rasmi Facebook JPJ Johor, operasi tersebut dibuat bagi mengesan kesalahan kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Jelas kenyataan itu, antara kesalahan yang diberi tumpuan ialah pengubahsuaian kenderaan, tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh dan lain-lain kesalahan teknikal.

“Operasi ini melibatkan seramai 32 orang anggota dan pegawai dari Stesen Kawalan Sempadan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Ibrahim (BSI).

“Daripada hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 108 notis telah dikeluarkan dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan,” katanya.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan ini dijalankan secara berfokus dan berterusan bagi memastikan peraturan jalan raya dipatuhi dan juga meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Orang ramai boleh membuat sebarang aduan trafik kepada http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI