fbpx

Zuraida terkilan anggota bomba dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengakui terkilan dan terguris apabila melihat rakaman video yang memaparkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikasari sewaktu sedang bertugas di Bandar Tun Hussein Onn pagi tadi.

Menurut Zuraida, beliau secara peribadinya kecewa apabila melihat rakaman video berkenaan kerana anggota JBPM merupakan salah satu petugas di barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah bahkan pengorbanan mereka seharusnya diiktiraf masyarakat.

“Saya turut menerima maklumat bahawa individu berkenaan berada dalam keadaan khayal dan pemeriksaan ke atas kenderaan turut menjumpai senjata tajam berupa pisau pemotong daging.

“Anggota JBPM yang dipukul oleh individu awam itu sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan saya berharap siasatan dapat dijalankan segera serta mana-mana pihak yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, masyarakat sepatutnya dalam apa-apa situasi menghormati tugas yang dijalankan anggota bomba, memandangkan sudah terbukti mereka memikul tanggungjawab berat bagi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman masyarakat.

Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 25 saat tular di laman sosial memaparkan tindakan agresif seorang lelaki yang menumbuk anggota bertugas sewaktu sedang melakukan kerja-kerja memadam kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI