fbpx

Peminat terkejut lihat saiz pinggang Renjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RENJUN

KESEMUA anggota kumpulan NCT terkenal dengan bentuk badan yang ramping, namun pada pada mata peminat, fizikal Renjun dirasakan paling menonjol.

Acap kali tampil melakukan persembahan, susuk fizikal Renjun dapat dilihat dengan ketara kerana dia memiliki badan dan kaki yang sangat kecil.

Cuma tanggapan peminat terhadap saiz bentuk badannya yang disifatkan normal ialah salah kerana mereka cukup terkejut dengan perkara sebenar.

Sebuah video pendek yang diambil ketika Renjun dan anggota NCT lain terbabit dalam sesi fotografi bersama majalah Elle Korea mendapat perhatian luar biasa peminat.

Video yang memaparkan bahagian belakang badan penyanyi itu menjadi bualan peminat kerana mereka terkejut dengan saiz sebenar pinggang Renjun yang sangat kecil.

Pinggang seluar yang dipakai Renjun juga terpaksa dikepil menggunakan pin kerana saiznya terlalu besar untuk penyanyi itu.

Bahkan, baju yang dikenakan Renjun ketika itu juga kelihatan sangat longgar. Lantaran itu, ada antara peminat yang mendesak Renjun menambahkan sedikit berat badannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI