fbpx

Presiden ‘kebal’ Covid-19 kembali berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI bertenaga Trump ketika berkempen di Sanford, Florida kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Presiden Do­nald Trump mahu membuktikan kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) bahawa beliau mampu meng­atasi pandemik koronavirus dan pencabarnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden di sebalik keputusan tinjauan pendapat yang memihak kepada Biden.

Seminggu selepas keluar dari hospital, Trump menaiki pentas sambil melontar pelitup-pelitup muka kepada penyokongnya se­perti seorang bintang rock pada sebuah perhimpunan politik di Sanford, Florida kelmarin.

Bagaimanapun, beliau sendiri tidak memakai pelitup muka.Bersuara lantang, Trump me­nge­cam seterunya dan wartawan tanpa berlapik.

Malah, Presiden AS itu langsung tidak kelihatan seperti lelaki obes berusia 74 tahun yang lesu dan memerlukan mesin oksigen untuk bernafas beberapa hari lalu.

“Mereka kata saya imun terha­dap koronavirus. Saya berasa sungguh berkuasa,” katanya.

Akhbar AS, New York Times melaporkan sebelum ini bahawa Trump pernah menimbang untuk memakai baju adiwira Super­man apabila dibenar meninggalkan hospital pada 5 Oktober lalu. Para penyokong tidak akan mentertawakannya jika beliau berbuat demikian.

“Kami sayang, kami sayang kamu,” laung mereka di Sanford.

Dalam ucapannya, Trump ber­kata, beliau mendapat ‘aura pelindung’ selepas sembuh daripada Covid-19.

Trump turut mengkritik ja­dual Biden, malah mengejek se­teru­nya kerana memakai pe­li­tup mu­ka dan batuk.

“Beliau (Biden) tiada kudrat lagi, beliau tidak bertenaga.

“Beliau adalah calon Presiden AS paling teruk dalam sejarah,” kata Trump.

Sementara itu, lebih 10 juta warga AS mengundi awal dalam pilihan raya Presi­den AS, tiga minggu sebelum hari mengundi pada 3 November ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI