fbpx

284 individu ditahan ingkar PKPP semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seramai 284 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam dengan tertinggi melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup muka sebanyak 134.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 278 individu telah dikompaun dan enam individu direman.

Beliau berkata, antara kesalahan ingkar arahan termasuk penjarakan fizikal (68), gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (33) serta langgar syarat serta perintah PKPB (20).

“Kesalahan lain adalah premis beroperasi lebih masa (16), aktiviti di pusat hiburan (lapan), enggan menjalani ujian saringan Covid-19 (tiga) dan masing-masing satu melibatkan tangkapan membawa penumpang lebih daripada yang dibenarkan serta lari daripada sekatan jalan raya,” katanya dalam sidang akhbar secara langsung di Facebook Live Kementerian Pertahanan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 37 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Benteng selain turut dirampas dua kenderaan darat.

“Selain itu, secara keseluruhan seramai 12,877 PATI ditahan di Sabah sejak Januari hingga 14 Oktober lalu.

“Ketika ini, seramai 5,204 sedang berada di pusat tahanan. Daripada jumlah itu, 4,456 PATI dari Filipina, Indonesia (618) dan lain-lain (130). Sehingga kini, seramai 7,673 PATI telah dihantar pulang,” katanya.

Sementara itu, katanya, seramai 48,098 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa bermula 24 Julai lalu hingga semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 9,919 individu sedang menjalani kuarantin wajib di 68 hotel dan 17 premis lain.

“Selain itu, 381 individu pula telah di bawa ke hospital untuk rawatan manakala 37,798 individu telah di discaj dan dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 19 operasi sanitasi awam dilaksanakan semalam meliputi satu zon Merah, tujuh zon kuning dan tujuh zon hijau di tujuh buah negeri serta satu di Wilayah Persekutuan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN