fbpx

Wanita ditahan cuba seludup dadah dalam coli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita ditahan kerana cuba menyeludup dadah jenis methamphetamine yang disorok di dalam coli di Lapangan Terbang Hang Nadim Airport di bandar Batam, Kepulauan Riau di Indonesia, lapor portal Tribune News semalam.

Suspek bersama rakan lelaki ditahan sekumpulan pegawai Keselamatan Penerbangan (Avsec) selepas sistem penggera pada mesin pengimbas keselamatan di lapangan terbang itu berbunyi.

Penahanan itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi Maklumat Telekomunikasi dan Lapangan Terbang, Suwarso.

“Pagi tadi (semalam) pegawai-pegawai Avsec menahan suspek wanita yang juga seorang penumpang. Semasa melalui kawasan imbasan, sistem penggera tiba-tiba berbunyi.

“Pegawai wanita Avsec membuat pemeriksaan manual termasuk pada bahagian dada penumpang itu kerana mengesyaki ada objek disorok dalam bajunya.

“Selepas melakukan pemeriksaan lebih mendalam, ada satu bungkusan plastik hitam dipercayai mengandungi dadah methamphetamine dijumpai di dalam baju dalamnya,” katanya.

BACA >> Wanita gagal seludup keluar wang tunai RM10.25 juta

Rakan suspek, seorang lelaki pada awalnya cuba melarikan diri tetapi gagal. Dadah yang dirampas itu adalah seberat kira-kira 117 gram.

“Kedua-dua suspek dikenali dengan singkatan nama iaitu SM, 39, ialah seorang wanita dan As berumur 36 adalah lelaki,” jelasnya.

Suwarso berkata, kedua-dua suspek mahu menaiki penerbangan Batik Air pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) ke Pulau Lombok. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI