fbpx

Wanita gagal seludup keluar wang tunai RM10.25 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang wanita Britain ditahan di Lapangan Terbang Heathrow kerana cuba menaiki satu penerbangan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu sambil membawa wang tunai £1.9 juta (RM10.25 juta) di dalam beberapa bagasi, lapor Daily Mail hari ini.

Tara Hanlon, 30, dari Yorkshire, England ditahan sekumpulan Pengawal Sempadan di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan), Sabtu minggu lalu.

Anggota Pengawal Sempadan memeriksa lima bagasi wanita berkenaan dan menemui wang tunai £1.9 juta, hasil penemuan wang paling besar sepanjang tahun ini.

Hanlon dihadapkan ke Mahkamah Majistret Uxbridge atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 5 Oktober lalu. Dia kini ditahan sehingga dibawa ke Mahkamah Diraja Isleworth pada 5 November ini.

Tara Hanlon

Menteri Kepatuhan Imigresen dan Mahkamah, Chris Philp berkata:

“Ini adalah penemuan dan rampasan wang tunai terbesar daripada seseorang individu di sempadan bagi tahun 2020 dan saya berbangga dengan usaha Pengawal Sempadan.

“Mencegah eksport wang tunai yang tidak diisytiharkan dari UK (United Kingdom) adalah satu langkah penting membanteras geng jenayah terancang.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI