fbpx

Kang Gary sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG GARY

SELEPAS hampir empat tahun meninggalkan program popular Running Man, penyanyi Kang Gary dilaporkan kembali bersedia menyertai rancangan baharu yang lebih mencabar, Law of The Jungle.

Program tersebut menjalani penggambaran selama dua hari baru-baru ini dan menyaksikan terdapat empat wajah baharu yang akan menghiasi kaca televisyen iaitu aktres Yoon Eun-hye, YouTuber Ken Rhee, pelawak Heo Kyung-hwan termasuk Gary.

Law of The Jungle cukup terkenal sebagai program yang menyaksikan kelangsungan hidup selebriti di lokasi mencabar di luar negara terutama di kawasan hutan atau kampung.

Biasanya program tersebut menjalani penggambaran di luar negara, namun disebabkan Covid-19, pasukan produksi mengubah lokasi penggambaran di kawasan lokal.

Kemunculan Gary sekali gus menyaksikan itulah program terbaharunya selepas mengundurkan diri daripada Running Man.

Kini, dia juga terlibat dalam program realiti berkonsepkan kekeluargaan, Superman Is Back bersama anak lelakinya Kang Haoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI