fbpx

Brad Pitt disaman kerana menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAD PITT

PELAKON terkenal, Brad Pitt berdepan saman berjumlah AS$100,000 (RM414,000) oleh seorang wanita yang mendakwa telah ditipu olehnya.

Wanita tersebut, Kelli Christina yang juga merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah pusat kesihatan di Plano, Texas dikatakan telah membuat bayaran sebanyak AS$40,000 (RM165,552) kepada pelakon tersebut untuk hadir sebanyak lima kali dalam satu majlis kutipan amal.

Bagaimanapun, aktor Mr. & Mrs. Smith itu gagal hadir dalam acara tersebut pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dan dibayar.

“Kemunculan Brad Pitt sangat penting, semua pihak menantikannya.

“Lagi pula pelakon itu sudah menandatangani perjanjian untuk hadir,” ujar Christina.

Sehingga kini, Pitt belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI