fbpx

Wanita warga Indonesia ditemui maut dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Said

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Seorang wanita warga Indonesia ditemui meninggal dunia di tandas sebuah pusat beli-belah dekat sini pada pukul 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, mayat wanita itu ditemui seorang pekerja pembersihan kira-kira pukul enam petang .

“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis dan kes setakat ini diklasifikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada wanita itu merupakan pekerja pusat beli belah atau sebaliknya, beliau menjelaskan, ia masih dalam siasatan pihak polis.

Malah Mohd. Said menasihatkan orang ramai agar tidak membuat andaian berhubung kejadian terbabit dan menunggu laporan daripada pihak polis.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu susulan belum ada sebarang pengesahan mengenainya selain menunggu laporan bedah siasat,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI