fbpx

SK Masai, Sekolah Agama As-Syakirin ditutup 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Masai

JOHOR BAHRU – Sekolah Kebangsaan Masai dan Sekolah Agama As-Syakirin, Masai, Pasir Gudang di sini tutup selama tujuh hari bermula esok hingga 17 Oktober ini.

Menurut surat rasmi yang dikeluarkan SK Masai, sekolah ditutup susulan terdapat kes positif Covid-19 berlaku di sekolah berkenaan.

“Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung penutupan sekolah yang disahkan mempunyai kes positif Covid-19 bertarikh 9 Oktober 2020.

“Pihak sekolah ingin memaklumkan SK Masai akan ditutup bermula 11 Oktober sehingga 17 Oktober ini,”kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, sekolah akan dibuka semula pada 18 Oktober ini.

Susulan penutupan SK Masai itu, pihak Sekolah Agama As-Syakirin Masai turut mengambil langkah sama bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari mengesahkan penutupan sekolah berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI