fbpx

Scammer kini semakin berani, lebih kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
AZIMI MUSTAPHA, PENGARANG BERITA KOSMO.

TIDAK pernah mengambil iktibar biarpun sudah beratus kali diingatkan menerusi media cetak dan media sosial tentang taktik penipuan Macau Scam yang menyamar diri sebagai anggota penguat kuasa untuk menipu wang mangsa.

Hampir saban hari, kita pasti terbaca dalam surat khabar atau di media sosial dan terdengar cerita ada sahaja orang yang menjadi mangsa penipuan scammer yang bijak memanipulasi keadaan untuk menjerat mereka yang mudah ditipu.

Sebenarnya, sindiket itu mendapat nama Macau Scam kerana ia berasal daripada sindiket di Taiwan dan China.

Jangan terperanjat, sesetengah orang yang ditipu bukan calang-calang orang, malahan bertaraf profesional seperti doktor dan guru yang masih berkhidmat atau sudah bersara.

Modus operandi sindiket Macau Scam adalah dengan menyamar sebagai anggota polis, pegawai bank, pegawai mahkamah dan sebagainya untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka terlibat dalam sesuatu jenayah.

Dalam kes terbaharu pada minggu lepas, wang simpanan dan hasil pinjaman peribadi seorang guru wanita berjumlah RM1.13 juta ‘terbang’ ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Mangsa berusia 49 tahun itu diperdaya dengan satu panggilan telefon kononnya terlibat dalam kemalangan dan pengubahan wang haram.

Guru tersebut yang panik dan takut dikenakan tindakan menurut sahaja arahan pemanggil dengan memasukkan wang yang yang diminta.

Mungkin kita terfikir jika kita tidak melakukan kesalahan jenayah, kenapa mesti menggelabah dan takut. Harus diingat, penipu Macau Scam amat terlatih dan pandai memanipulasi mangsa terutamanya mereka yang panik dan gelabah tak tentu pasal.

Scammer juga agak agresif dalam mendesak mangsa menurut kehendak mereka dan sentiasa menukar taktik penipuan jika cara yang digunakan dapat dihidu pihak berkuasa.

Sebab itu, paling terkini scammer yang menggunakan kaedah penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas yang seolah-olah dihantar oleh pihak bank seperti kad kredit dicaj dalam jumlah yang banyak untuk pembelian barang.

Mereka meminta mangsa menghubungi nombor yang diberikan untuk penjelasan lanjut. Tanpa disedari, jika mangsa termakan jerat, mereka akan ‘lunyai’ dimamah scammer yang seperti harimau kebuluran.

Bagi mengelak tertipu dengan scammer sebegini, apa yang perlu dibuat adalah memutuskan panggilan serta-merta jika pemanggil memaklumkan daripada pihak berkuasa dan menyiasat kes jenayah membabitkan anda.

Jangan sesekali menghubungi semula nombor tersebut jika tidak mahu menjadi mangsa walaupun nombor tersebut kelihatan sama dengan talian pihak berkuasa.

Ada kemungkinan mereka buat spoof iaitu melakukan pemalsuan alamat internet protokol sesebuah jabatan atau organisasi bagi meyakinkan mangsa mereka dihubungi daripada nombor yang sahih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI