fbpx

Rakyat Indonesia silap kecam laman Instagram penyanyi Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMAN Instagram DPR Live dibanjiri komen negatif daripada rakyat Indonesia. – INSTAGRAM

JAKARTA – Disebabkan terlalu marah dengan keputusan Parlimen Indonesia atau lebih dikenali dengan nama Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) meluluskan undang-undang peluang pekerjaan baharu, rakyat republik itu tersilap mengecam pe­nyanyi Korea Selatan yang dikenali sebagai DPR Live baru-baru ini.

Menurut laman berita Coconuts, penyanyi popular itu yang mempunyai singkatan nama sama dengan dewan perwakilan Indonesia, dihujani kecaman di laman Instagram miliknya.

Pelbagai kata-kata kesat di­tinggalkan di ruangan komen laman sosial penyanyi berkenaan yang menggunakan akaun Instagram handle @DPRLive iaitu hampir sama dengan akaun dewan perwakilan berkenaan, @dpr_ri.

Bagaimanapun, peminat pe­nyanyi itu bertindak mempertahankan artis pujaan mereka dengan berkata, warga Indonesia telah tersalah akaun.

“Tolong jangan tinggalkan kecaman di sini kerana ini bukan akaun DPR RI dan berhenti memalukan orang lain.

“Jika hendak komen mengenai undang-undang omnibus, klik pautan ini @dpr_ri,” tulis seorang peminat di laman Instagram pe­nyanyi itu.

Malah, ada peminat DPRI Live menggesa rakyat Indonesia me­madamkan komen mereka.

“Sama ada sengaja atau tidak, sila padamkan komen anda ke­rana anda memalukan republik Indonesia,” ujarnya.

Sebelum ini, DPR Indonesia telah meluluskan rang undang-undang kontroversi yang dianggap menutup peluang pekerjaan di republik itu dan mengundang rasa tidak puas hati rakyat.

Kebanyakan rakyat Indonesia menentang undang-undang baharu tersebut berikutan ia didakwa menggugat hak pekerja serta mencemarkan alam sekitar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI