fbpx

Pengunjung premis karaoke dikompaun gagal patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 26 individu dikenakan tindakan kompaun manakala 13 lagi ditahan dalam serbuan Ops Noda dan Penguatkuasaan Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah pusat karaoke di sini awal pagi tadi.

Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Zuhairee Mohamad Rashid berkata, serbuan dilakukan di sebuah pusat karaoke di USJ 19, SUbang Jaya di sini kira-kira pukul 2.30 pagi susulan maklumat dan hasil risikan yang dilakukan.

“Sewaktu premis diserbu, terdapat beberapa orang gadis pelayan pelanggan (GRO) yang cuba menyembunyikan diri di belakang pintu malah beberapa pekerja juga bertindak meloloskan diri melalui bumbung premis.

“Pemeriksaan yang dilakukan di premis berkenaan turut menemui laluan tersembunyi yang digunakan oleh GRO untuk melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zuhairee, sewaktu serbuan dilakukan, pihaknya mendapati pengunjung yang hadir tidak mematuhi penjarakan sosial serta beberapa kesalahan lain.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (EHDTTH), Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Susulan itu, sebanyak 26 kompaun telah dikeluarkan ke atas pengunjung yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk menahan penjaga premis berkenaan.

“Mereka yang ditahan pula terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis dan 10 GRO warga Vietnam,” jelas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI