fbpx

Kampung Mengkapon bakal terima sebuah menara telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR- Penduduk Kampung Mengkapon di Pitas, Sabah bakal menerima sebuah menara telekomunikasi baharu bagi memudahkan capaian internet di kawasan itu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, menara itu adalah satu daripada 50 menara telekomunikasi baharu akan didirikan di negeri tersebut di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara 1, dengan 13 daripadanya akan didirikan di Pitas.

Katanya lagi, kerja-kerja pembinaan menara baharu telah dimulakan dan pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik sedang memohon kelulusan daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

“Mengambil kira proses kelulusan, pembinaan menara dan pemasangan alat pemancar, adalah dijangkakan pembinaan menara akan siap dan beroperasi dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

“Dalam hal ini, kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga amat diperlukan dari segi kelulusan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia susulan kisah penduduk kampung Kampung Mengkapon di Pitas, Sabah menggunakan kaedah kreatif untuk mendapatkan liputan internet yang menjadi tular di media sosial. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI