fbpx

Ular sawa kenyang baham babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya menangkap ular sawa yang kekenyangan dipercayai membaham babi dalam kejadian di Kampung Parit Semo, Ayer Hitam, Batu Pahat hari ini.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas membaham babi ditangkap dalam kejadian di Kampung Parit Semo Ayer Hitam di sini petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam satu kenyataan berkata, kehadiran reptilia itu disedari salah seorang penduduk pada pukul 4 petang.

Menurutnya, ular sawa sepanjang tujuh meter itu berada di dalam parit di tepi jalan menuju rumah penduduk sebelum mereka membuat panggilan kecemasan.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam menerima panggilan kecemasan menangkap ular melalui talian terus ke balai pada pukul 4.18 petang hari ini beralamat di Kampung Parit Semo, Ayer Hitam.

“Sebuah jentera jentera FRT dari BBP Ayer Hitam dengan kekuatan keseluruhan seramai tujuh orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian,”katanya.

Kenyataan itu berkata, ular berjaya ditangkap menggunakan pencerut, dan diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, operasi ditamatkan pada pukul 5.37 petang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI