fbpx

Giroud makin tajam bersama Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD meledak dua gol ketika membantu Perancis membenam cabaran Ukraine 7-1 pada aksi persahabatan awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Penyerang sensasi, ­Olivier Giroud berbangga apabila berjaya mencapai status legenda selepas merekodkan penampilan ke-100 antarabangsa bersama Perancis tetapi menolak kemungkinan berpeluang memecahkan rekod jaringan yang dilakukan oleh Thierry Henry.

Penyerang pasukan Chelsea itu telah meledak dua gol dalam aksi persahabatan ketika menang 7-1 ke atas Ukraine awal pagi semalam sekali gus meletakkan jumlah jaringan terkumpulnya bersama Les Bleus kini sebanyak 42 gol.

Kata Giroud, prestasinya bersama pasukan kendalian Didier Deschamps itu sangat memberangsangkan tetapi buat masa sekarang sukar untuk memecahkan rekod Henry yang meledak 51 gol dalam 123 penampilan.

“Saya sangat berbangga apabila diberi peluang oleh jurulatih untuk memakai lilitan kapten pada penampilan ke-100 peri­badi dan lebih beremosi apabila berjaya menjaringkan dua gol.

“Mengenai rekod Henry, saya tidak boleh terlalu yakin kerana mungkin peluang itu hanya akan tiba bila saya sudah meledak gol ke-46 atau 47 di peringkat antara­bangsa. Buat masa ini jurang masih jauh,” kata pemain berusia 34 tahun itu.

Sementara itu, Deschamps sangat berpuas hati dengan apa yang dipamerkan oleh barisan pemain dan kini persedian rapi boleh dilakukan menjelang aksi Liga Negara-Negara Eropah menentang Portugal pada Ahad nanti.

“Saya akui Ukraine tidak meletakkan barisan terkuat tetapi mereka tetap menjadi ujian pemanas badan yang baik. Secara keseluruhan, saya gembira tetapi tumpuan harus diberikan kepada­ aksi menentang Portugal selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI