fbpx

Selepas Mac City Service, Parkson 1 Utama pula catat kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parkson Elite 1 Utama ditutup hari ini untuk proses sanitasi.

KUALA LUMPUR- Satu lagi kes positif Covid-19 disahkan di pusat beli-belah 1 Utama melibatkan seorang perunding kecantikan Estee Lauder yang bertugas di stor Parkson, 1 Utama.

Ini merupakan kes kedua di 1 Utama selepas seorang pekerja di Mac City Service yang disahkan positif pada 5 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan, Parkson Malaysia memaklumkan pihaknya menerima pengesahan daripada Estee Lauder mengenai penasihat yang bertugas di bahagian Kosmetik dan Wangian di tingkat G, Parkson Elite 1 Utama disahkan positif Covid-19 semalam.

“Kami menutup stor Parkson Elite 1 Utama untuk proses sanitasi yang menyeluruh selaras dengan prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Stor kami akan ditutup sementara hari ini untuk mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka semula esok dengan pasukan yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, semua kakitangan stor akan menjalani saringan Covid-19 dan kuarantin diri selama 14 hari.

“Pada masa yang sama, kami juga sedang bekerjasama dengan pengurusan pusat beli-belah 1 Utama dan KKM untuk mengesan kontak individu tersebut,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI