fbpx

PM tidak diberi gelang pengawasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dikehendaki memakai gelang pengawasan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan penilaian risiko yang dibuat oleh KKM baru-baru ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dakwaan bahawa Muhyiddin melanggar arahan KKM adalah tidak benar kerana beliau dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri di rumah selepas ujian saringan yang dilakukan disahkan negatif.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM pada 5 Oktober, beliau dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari dan memantau status kesihatan kendiri menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, beliau tidak dikehendaki oleh KKM untuk memakai gelang pengawasan,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan tersebut memberitahu, keputusan ujian saringan pengesanan Covid-19 yang dilakukan pada 5 Oktober juga disahkan negatif semalam.

“Selain itu, beliau juga telah melakukan tiga ujian saringan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu iaitu pada 22, 26, dan 29 September dan didapati negatif.

“Beliau bagaimanapun dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, tular di laman media sosial yang mendakwa Muhyiddin tidak mematuhi arahan KKM berkenaan pemakaian gelang merah jambu susulan beliau dilihat tidak memakai gelang tersebut ketika siaran langsung menyampaikan perutusan khas situasi semasa Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI