fbpx

Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran lakukan solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Ajib.

KUALA LUMPUR – Masjid, surau dan surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melakukan solat hajat supaya dilindungi dan dihindari daripada pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd. Ajib Ismail berkata, solat hajat tersebut hendaklah dilakukan selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini sehingga Jumaat.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah S.W.T sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini.

“Moga Allah mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 691 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan dan empat kematian berkaitan kes berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 13,504 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI