fbpx

Kemunculan mengejut Kangin selepas setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANGIN

LEBIH setahun menghilangkan diri gara-gara kontroversi memandu bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kejadian langgar lari, penyanyi Kangin membuat kemunculan mengejutkan baru-baru ini.

Bekas anggota kumpulan Super Junior itu membuat siaran langsung menerusi Instagram miliknya untuk bertemu peminat selepas sekian lama menyepikan diri.

Kangin muncul dalam siaran langsung itu dengan memakai baju-T berwarna hitam dan duduk di dalam sebuah bilik yang sedikit gelap. Raut wajahnya juga kelihatan sugul.

Diam seribu bahasa tanpa menuturkan sepatah bicara, Kangin hanya membaca komen-komen yang ditulis peminat sambil sesekali melambai tangan kepada mereka.

Tidak lama kemudian, barulah dia menegur peminat dengan memberi ucapan pendek sebelum menamatkan video tersebut.

“Saya buat siaran langsung untuk ucapkan selamat kepada kalian selepas sekian lama. Jaga diri baik-baik. Tidur nyenyak,” ucapnya ringkas.

Kangin meninggalkan Super Junior pada 14 Julai tahun lalu selepas terlibat dalam kontroversi langgar lari dan dakwaan melakukan serangan terhadap bekas kekasihnya pada 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI