fbpx

Amaran Eric buat pelayar YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIC

TIADA kompromi! Itu amaran penyanyi Eric kepada pelayar internet yang meninggalkan komen melampau pada sebuah video yang dimuat naik menerusi saluran YouTubenya, aguTV eric.

Ujar Eric, dia menyedari ada beberapa komen melampau ditulis pada video yang dikongsi tentang keluarganya dan bertindak memadam komen tersebut dengan segera.

Eric bagaimanapun meluahkan rasa tidak puas hati kerana bengang dengan sikap pengguna internet yang gemar mengganggu kehidupan orang lain tanpa sebab.

“Saya tidak faham kenapa manusia suka hidup begini. Kalau anda tidak suka, jangan datang dan tonton video YouTube saya. Kenapa cakap perkara buruk tentang keluarga orang lain?

“Saya tidak pernah meminta orang suka dan langgan saluran aguTV. Malah tidak pernah mengalu-alukan manusia yang gemar berbuat jahat di sini. Jadi sila pergi jauh-jauh,” ujarnya dalam sebuah video terbaharu yang dimuat naik dalam saluran aguTV eric.

Penyanyi kumpulan Shinhwa itu juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada pengguna internet yang melampaui batas.

“Dahulu saya tidak pernah ambil tindakan sebab memikirkan golongan ini peminat Shinhwa, tetapi kali ini berbeza kerana mereka mengganggu keluarga saya.

“Saya pernah menguruskan kes lebih besar daripada ini. Jadi, saya boleh lakukannya sendiri tanpa perlu meminta bantuan sesiapa untuk menyaman anda. Jika anda melampaui batas, saya akan ambil tindakan,” tegas Eric dalam nada keras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI