fbpx

Agrobank Cawangan Sungai Buloh ditutup berikutan kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Agrobank Cawangan Sungai Buloh, Selangor akan menutup sementara operasinya termasuk terminal layan diri bagi kerja pembersihan berikutan kes positif Covid-19 di kesan di premis itu.

Agrobank dalam satu kenyataan berkata, penutupan operasi itu sehingga dimaklumkan kelak dan untuk sementara waktu pelanggan boleh berurusan secara online dan atau ke cawangan lain.

Jelasnya, cawangan terdekat adalah Agrobank Cawangan Selayang yang terletak di Pusat Bandar Utama Selayang, Selayang di sini.

“Agrobank memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan memberi jaminan bahawa kesihatan juga kesejahteraan pelanggan serta kakitangan menjadi keutamaan kami.

“Kami juga bekerja rapat dengan jabatan kesihatan bagi memastikan semua protokol kesihatan dan keselamatan dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru katanya, untuk keterangan lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau dengan melayari laman sesawang www.agrobank.com.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI