fbpx

Sekatan perjalanan rentas negeri dari Sabah mulai 12 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengecualian khas rentas negeri dari Sabah hanya diberikan kepada kes-kes tertentu yang membabitkan kes kecemasan dan perkhidmatan perlu selain perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan.-Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju untuk mengenakan sekatan perjalanan rentas negeri dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan bermula 12 hingga 25 Oktober depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang membabitkan kes kecemasan dan perkhidmatan perlu selain perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan.

“Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H, pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI