fbpx

Petugas barisan hadapan MBPJ terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada Datuk Mohd. Sayuthi Bakar (dua dari kiri).

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memberi sumbangan Barang Asas 100 (BA100), kepada 150 kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang juga merupakan petugas barisan hadapan, di sini hari ini.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan keseluruhan berjumlah RM10,500 itu adalah bagi menzahirkan penghargaan di atas jasa dan sumbangan mereka yang terus setia berkhidmat menjalankan tugas walaupun wabak Covid-19 melanda negara.

“Sumbangan berupa barangan keperluan asas diberikan kepada golongan kurang berkemampuan (B40) kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang juga merupakan petugas barisan hadapan.

“Sumbangan yang diberikan pada hari ini merupakan inisiatif berterusan Angkasa dalam meringankan beban dan sebagai penghargaan serta motivasi atas usaha dan peranan warga kerja MBPJ dalam memberikan khidmat kepada warga Petaling Jaya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan barangan keperluan asas di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd. Sayuthi Bakar serta Timbalannya, Azlinda Azman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI